Monday, July 13, 2009

Cerita untuk beberapa hari....

Wahhh terasa lama banget la tak mengupdate blog ini...walaupun tak ramai yg masuk sini....tapi at least x nak la sunyi terus kan....
I'm not really in good health...cough, fever, headache keep me away for a while from my usual routine. But anyhow it's may be reminder from Allah S.W.T to me "love your own body" take good care whatever gifted to you. Alhamdullilah i'm fighting it and still need to keep it up with my own plan.
Updated tudung? ada..ada dont worry...insyaAllah akan di upload skit2. Sekarang kena gak siapkan request orang....ada yang nak untuk tunang next week...hopefully she will like it. Itu je yang mampu akak tolong dik.....sorry sangat ada order yang lambat siap...ada jer halangan dan cabaran nya.

Apa diorg ni buat....test camera ehhh heheheh




Ini lah projek minggu ni...dah lama plan sebenarnya....so kena tunggu la utk next step. Pas ni boleh tengok yer.....tunggguuu

Sambil2 tu nak letak gak 2-3 gambar my friend menggayakan tudung ala2 Tok Ti. Ini dapat dari supplier yang amatla baik hati...dan sentiasa nak update produk2 yang dia ada. Sebenarnya dah lama gak dia jual tudung2 cenggini but apparently i'm not into it so takde la amik gambar ke apa. Tapi ada gak la sorang dua customer tanya so saja2 share kat sini...mana tau kot ada yang minat dan mencari2 tudung yang a bit simple but fancy to certain2 function. Rasanya tudung cenggini cantik dan ayu untuk majlis2 tertentu kan...nak bawak ke opis tak practical la pulak.
Diperbuat dari kain chifon lembut dan memang bermanik di bahagian tepinya tudung...bahagian bawah ada layer sikit utk nampak lain dari lain.

*Bahagian dalam tudung kecil bahagian awning dari kain bercorak ala2 cotton. Dan sarungkan jer tudung nipis chiffon di luar...simple kan.

Yang ni plak takde manik2 tabur halus di tepi, potongan lebih ringkas cuma tambahan manik kristal di bahagian tepi tudung...potongan ini pulak jatuh cantik di bahagian bahu dan bawah.




Manakala yang ni plak...lebih grand kata kengkawan...sebab ada sulaman di bahagian atas dan keliling tudung, dengan jahitan manik2 jepun... ini special request selalunya tempahan untuk majlis tunang atau akad nikah. So sesapa mencari untuk majlis sebegini boleh request dulu ya....tengok kaler yang ada.



Kiranya ala2 macam Datin Ziela ni pakai la....ayu je dia skang kan....pinjam la kejap gambar ni yer....


So sesapa yang dah banyak anak tudung warna warni...dan mencari kelainan untuk ke kenduri ke, ke majlis tertentu ke....boleh la padankan dengan tudung luar chiffon ini...
Bergantung pada jenis kain, manik dan sulaman harga antara RM40 - RM80 pun ada.

** Tips hari ini ***

Ada yang takut untuk mencuba kerana takut effect tudung segera pada wajah lebih menampakkan bentuk muka yang penuh/bulat/tembab dan sebagainya.

So saya just nak share antara tips2 memilih tudung segera dengan bentuk wajah...ooo ya load la satu gambar bentuk2 wajah ni...pasni masing2 cari cermin dan tenungla wajah anda heheheh


Tips 1:
Ramai yang tahu yang tudung instant ni ada pelbagai jenis awning/cap, ada jenis keras keseluruhannya dan ada yang keras separuh...dan kebetulan saya jumpa yang jenis lembut tapi terbentuk....ni jenis awning tak patah punya.

So cuba kenakan dulu jenis awning bagaimana yang sesuai dengan wajah anda. Kebanyakkan yang bermuka panjang tidak berapa sesuai dengan jenis awning separuh. Dan yang bermuka penuh bulat tidak berapa sesuai dengan awning penuh.
Yang penting cuba sendiri dan lihat wajah anda....dan cuba jugak tanya kengkawan jenis mana yang nampak serasi dengan muka anda.

Tips 2

Panjang awning atau cap...yang ni jugak mengikut kesesuaian anda bertudung sebelum ini. Ala...time2 dok pakai tudung bawal, tudung bercorak sume tuh...cara anda lipat tudung di bahagian tepi pipi sampai aras mana...
So ada yang sesuai awning sehingga paras tulang pipi, ada jugak yang betul2 atas tulang pipi dan ada yang prefer bawah tulang pipi.

Yang saya perasan selalunya awning penuh panjangnya sehingga melepasi tulang pipi...kurang sesuai untuk muka yang terlalu kecil...nanti nampak tudung/awning jer...

Ini boleh diadjust sendiri sebab kekadang tudung yang dibeli dibuat size muka yang standard so ada yang still kena pin di bawah dagu...so waktu ini boleh adjust kedudukan awning itu.

Mcam tu jugak jika pakai tudung syria...adjust anak dalam utk nampak muka anda lebih bujur, runcing atau tembam hehehe

Tips 3

jenis material tudung jugak memainkan peranan...tapi ini lebih kepada keselesaan sebenarnya....
Apapun sesuaikan supaya yang bermuka agak berisi cari material kain yang lembut dan agak jatuh...flow di bahagian dada akan menampakkan wajah anda lebih berseri.

Material seperti cotton tshirt pun ada yang selesa dan lembut...cari dan pilihlah yang berkenan di hati.

Tips 4


Labuh atau panjang tudung dan cara anda menggayakannya...

Waduhh rasa macam panjang la plak...stop kejap...nanti sambung lagi ya....

bersama dengan preview bergambar....tunggu....

No comments:

Post a Comment